Pengeluaran SPK Hilang Upaya
Ahli adalah layak untuk membuat pengeluaran sekiranya disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai tidak berkeupayaan dari segi fizikal atau mental untuk meneruskan pekerjaan dan memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan.
Sekiranya ahli tidak berkeupayaan, ahli hendaklah dimaklumkan mengenai perkara-perkara berikut semasa menghadapkan permohonan pengeluaran:
Ahli hendaklah mendapatkan pengesahan daripada Lembaga Perubatan bagi mengesahkan bahawa ahli tidak berkeupayaan untuk meneruskan pekerjaan.
Pembayaran pengeluaran kepada ahli adalah dibuat secara bulanan (anuiti) sehingga ahli mencapai umur 60 tahun.
Ahli akan menggunakan simpanan sendiri daripada Akaun Ahli SPK untuk bersara awal sehingga mencapai umur 60 tahun atau sehingga simpanan tersebut habis digunakan, sebelum Akaun Persaraan SPK boleh dikeluarkan bagi tujuan persaraan.
Jumlah minimum pengeluaran yang dibayar kepada ahli secara bulanan adalah sebanyak BND250.00. Sekiranya baki Akaun Ahli SPK dikira kurang daripada BND250.00 sebulan, jumlah yang dibayar kepada ahli adalah tetap sebanyak BND250.00 dan baki tersebut akan terus dibayar sehingga habis, yang berkemungkinan berlaku sebelum ahli mencapai umur 60 tahun.
Jumlah maksimum pembayaran adalah berdasarkan baki Akaun Ahli dibahagikan dengan jumlah bulan yang masih berbaki sehingga mencapai umur 60 tahun.
Contoh Senario:
Senario 1:
Jika ahli membuat permohonan pengeluaran hilang upaya pada umur 55 tahun dan pengeluaran baki simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak BND50,000.00:
BND50,000.00 / 60 bulan (sehingga 60 tahun) = BND833.33
Oleh itu, ahli akan menerima sebanyak BND833.33 sebulan daripada Akaun Ahli SPK bagi tempoh 60 bulan.
Senario 2:
Jika ahli membuat permohonan pengeluaran hilang upaya pada umur 55 tahun dan pengeluaran baki simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak BND10,000.00:
BND10,000.00 / 60 bulan (sehingga 60 tahun) = BND166.67
Oleh itu,ahli akan menerima sebanyak BND250.00 sebulan berbanding BND166.67 daripada Akaun Ahli SPK bagi tempoh 20 bulan dan bukan selama 60 bulan.
Senario 3:
Jika ahli membuat permohonan pengeluaran hilang upaya pada umur 57 tahun dan pengeluaran baki simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak BND 20,000.00:
BND20,000.00 / 36 bulan (sehingga 60 tahun) = BND555.56
Oleh itu, ahli akan menerima BND555.56 sebulan daripada Akaun Ahli SPK selama 36 bulan.
Kelayakan
Umur
Di bawah 60 tahun
Jumlah Kelayakan
100% daripada baki Akaun Ahli
semasa umur pengeluaran
Tatacara Pembayaran
Dibayarkan secara
anuiti (bulanan)
kepada ahli
Dokumen yang diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum meneruskan penghantaran permohonan.
Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.
Salinan Kad Pengenalan ahli.
Laporan Lembaga Perubatan.
Pelantikan Penjaga Harta ad-litem bagi Ahli yang tidak berkeupayaan dari segi mental daripada:
Mahkamah Sivil bagi ahli bukan beragama Islam;
Mahkamah Syariah bagi Ahli beragama Islam.
Surat Aku Janji oleh Penjaga bagi Ahli yang hilang upaya dari segi perubatan atau tidak Sempurna Akal (jika diperlukan).
Salinan maklumat akaun bank/penyata bank atau buku bank.