Skip to Content



Pengeluaran SPK Umur

Ketahui lebih lanjut mengenai dengan persyaratan dan kelayakan pengeluaran SPK Umur.


Pengeluaran SPK Umur (45, 50, 55, 60 tahun)


Ahli layak membuat pengeluaran apabila mencapai umur 45, 50, 55 dan 60 tahun, iaitu SEKALI bagi setiap umur yang ditetapkan. Ahli dinasihatkan untuk merancang pengeluaran berdasarkan keperluan sebelum persaraan atau semasa persaraan serta menggunakan simpanan yang dikeluarkan dengan bijak.   


Pengeluaran Umur SPK boleh dibuat untuk apa-apa tujuan dan tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:

  • Pendidikan anak-anak;

  • Keperluan perumahan;

  • Peruntukan tambahan untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah;

  • Pelaburan bagi menjamin persaraan atau pendapatan pada masa hadapan;

  • Melangsaikan atau mengurangkan hutang atau pinjaman sebelum persaraan;

  • Lain-lain

Kelayakan

45-59 tahun

50-59 tahun

55-59 tahun

60 tahun




Umur

Jumlah Kelayakan

 ​30% daripada baki simpanan Akaun Ahli pada umur 45 tahun.

​30% daripada baki simpanan Akaun Ahli pada umur 50 tahun

30% daripada baki simpanan Akaun Ahli pada umur 55 tahun

100% daripada baki simpanan Akaun Ahli pada umur 60 tahun

ATAU 


Pembayaran Anuiti (bulanan) selama 
10, 15 or 20 tahun

ATAU

Membuat pengeluaran sebahagian secara penuh dan menerima baki sebagai pembayaran anuiti (bulanan). 


Persyaratan Lain

 Permohonan hanya boleh dibuat sekali bagi setiap kategori umur.

Jumlah Pembayaran

Dibayarkan secara penuh ke akaun yang didaftarkan di bawah nama ahli.

Dokumen yang diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menghantar permohonan.

 Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.


  1. Salinan Kad Pengenalan ahli.
  2. Salinan maklumat akaun bank/penyata bank atau buku bank.

Permohonan secara dalam talian bagi Pengeluaran SPK Umur

Elakkan beratur di Cawangan TAP dan buat permohonan dari rumah awda.