Skip to Content



​Pengeluaran SPK 55+


Ketahui lebih lanjut mengenai dengan persyaratan dan kelayakan pengeluaran SPK 55+.

Pengeluaran SPK 55+ (Bersara Awal)


Ahli adalah layak membuat pengeluaran daripada Akaun Ahli SPK bagi tujuan pra-persaraan sekiranya ahli telah menamatkan perkhidmatan dan bersara antara di umur 55 hingga 60 tahun. 


Apabila merancang untuk bersara awal menggunakan Akaun Ahli SPK, ahli hendaklah dimaklumkan mengenai perkara-perkara berikut:


  • Pembayaran  kepada ahli dibuat secara bulanan (anuiti) sehingga ahli mencapai umur 60 tahun.


  • Ahli akan menggunakan simpanan sendiri daripada Akaun Ahli SPK untuk bersara awal sehingga mencapai umur 60 tahun atau sehingga simpanan tersebut habis digunakan, sebelum Akaun Persaraan SPK boleh dikeluarkan bagi tujuan persaraan.

  • Jumlah minimum pengeluaran yang dibayar kepada ahli secara bulanan ialah BND500.00. Sekiranya baki Akaun Ahli SPK dikira untuk menerima kurang daripada BND500.00, jumlah yang dibayar kepada ahli tetap sebanyak BND500.00 dan baki tersebut akan terus dibayar sehingga habis, yang mungkin berlaku sebelum ahli mencapai umur 60 tahun.


  • Jumlah maksimum pembayaran adalah berdasarkan baki Akaun Ahli dibahagikan dengan jumlah bulan yang masih berbaki sehingga mencapai umur 60 tahun.​


Contoh Senario:

Senario 1:

Jika ahli bersara pada umur 55 tahun dan membuat pengeluaran daripada  Akaun Ahli SPK sebanyak BND50,000.00:


BND50,000.00 / 60 bulan (sehingaa 60 tahun) = BND833.33

Oleh itu, ahli akan menerima bayaran sebanyak BND833.33 sebulan daripada Akaun Ahli SPK bagi tempoh 60 bulan 


Senario 2:

Jika ahli bersara pada umur 55 tahun dan membuat pengeluaran daripada  Akaun Ahli SPK sebanyak BND10,000.00: 


BND10,000.00 / 60 bulan (sehingga 60 tahun) = BND166.67

Oleh itu, ahli akan menerima BND500.00 sebulan berbanding BND166.67 daripada Akaun Ahli SPK bagi tempoh 20 bulan dan bukan selama 60 bulan.


Senario 3:

Jika ahli bersara pada umur 57 tahun dan membuat pengeluaran daripada  Akaun Ahli SPK sebanyak BND20,000.00:


BND20,000.00 / 36 bulan (sehingga 60 tahun) = BND555.56

Oleh itu, ahli akan menerima BND555.56 sebulan daripada Akaun Ahli SPK selama 36 bulan.

Kelayakan

Umur


55 - 59 tahun

Jumlah


100% daripada baki Akaun Ahli 

semasa umur pengeluaran

Tatacara Pembayaran

Dibayarkan secara

anuiti (bulanan)

kepada ahli.

Dokumen yang diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum meneruskan penghantaran permohonan.

 Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.


  1. Salinan Kad Pengenalan ahli.

  2. Salinan maklumat akaun bank/penyata bank atau buku bank.

Permohonan secara dalam talian bagi Pengeluaran SPK 55+

Elakkan beratur di Cawangan TAP dan buat permohonan dari rumah awda.