TARIKH AKHIR PENERIMAAN PEMBAYARAN CARUMAN BAGI BULAN JUN 2023

Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan kepada Majikan-Majikan bahawa sebagai persediaan awal bagi pelancaran skim yang baru iaitu Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) nanti, tarikh akhir penerimaan pembayaran caruman bagi bulan Jun 2023 adalah diawalkan pada 30 Jun 2023. Sebelum tarikh pelancaran SPK, Majikan dinasihatkan untuk tidak membuat pembayaran awal (advance payment) bagi caruman bulan Julai 2023 dan bulan-bulan berikutnya.

 

Turut dimaklumkan, cawangan-cawangan TAP serta perkhidmatan online, e-Amanah akan ditutup bermula Hari Sabtu, 01 Julai 2023. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut akan dibuka semula selepas hari kelepasan awam bermula pada Hari Isnin, 17 Julai 2023.  Ini bagi membolehkan pihak TAP membuat proses peralihan ke SPK nanti. Sehubungan dengan itu, Majikan-Majikan dan orang ramai yang berhasrat untuk berurusan dengan TAP bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.

 

Majikan adalah dinasihati untuk sentiasa menyemak inbox e-Amanah bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai SPK dari masa ke semasa. Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan.

Attachments