MENGENAI TAP


Petikan titah 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan 

Negara Brunei Darussalam pada 15hb Julai 1991 di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman


"Satu usaha lagi yang berkaitan dengan kebajikan rakyat, serta selaras dengan perkembangan tenaga manusia, maka Kerajaan Beta akan menubuhkan satu skim kumpulan wang simpanan pekerja.

Penubuhan Skim ini antara lain bertujuan, untuk memberikan kemudahan perlindungan sosial, bagi menampung keperluan 'Hari Tua' rakyat dan penduduk negara ini, sama ada mereka yang berkhidmat di sektor awam ataupun sektor swasta..."


Penubuhan Tabung Amanah Pekerja (TAP) adalah sejajar dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang bertujuan untuk memenuhi keperluan rakyat dan penduduk negara ini dengan mengadakan simpanan mandatori untuk kegunaan di hari tua nanti

Di dalam skim ini, awda dikehendaki untuk menyimpan sejumlah dari gaji awda dan majikan awda juga akan menambah jumlah yang sama di dalam simpanan ini melalui kadar yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang TAP. Simpanan ini dipanggil CARUMAN.