SOALAN-SOALAN LAZIM


1. Bolehkah saya membayar caruman skim TAP dan SCP melalui atas talian?

Bermula 1hb November 2016, semua majikan dikehendaki membuat pembayaran caruman bagi skim TAP dan SCP menerusi e-Amanah. 

Ahli dan majikan yang sudah berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan atas talian e-Amanah boleh membuat pembayaran caruman bagi TAP dan SCP secara atas talian.

Ahli dan majikan yang belum berdaftar hendaklah terlebih dahulu mendaftar melalui laman sesawang TAP, di bawah tab e-Amanah. (Buku panduan E-Amanah bagi Majikan boleh dimuatturun daripada laman sesawang)


2. Bank-bank manakah yang boleh menggunakan e-Amanah?

Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan internet BIBD, Bank Baiduri dan SCB.


3. Adakah saya perlu membayar caruman skim TAP dan SCP secara berasingan?

Tidak. Bermula 1 April 2014, pembayaran caruman bagi TAP dan SCP adalah dibuat dalam satu pembayaran sahaja menerusi e-Amanah. Pembayaran caruman yang menggunakan cek, wang pos atau kiriman wang hendaklah ditujukan kepada 'Tabung Amanah Pekerja'.


4. Berapakah kadar dividen yang diberikan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan untuk skim TAP dan SCP?

Kadar dividen yang diberian untuk skim TAP dan SCP bagi tempoh 5 tahun kebelakangan adalah seperti berikut:

​2.5 peratus bagi tempoh dari 1hb April 2017 hingga 31hb Mac 2018,

2.2 peratus bagi tempoh dari 1hb April 2018 hingga 31hb Mac 2019, 

2.2 peratus bagi tempoh dari 1hb April 2019 hingga 31hb Mac 2020,

2.5 peratus bagi tempoh dari 1hb April 2020 hingga 31hb Mac 2021 dan

2.5 peratus bagi tempoh dari 1hb April 2021 hingga 31hb Mac 2022.


5. Umur persaraan mandatori adalah 60 tahun dan TAP hanya diwajibkan sehingga berumur 55 tahun. Bagaimana dengan selebih lim tahun tersebut?

Caruman TAP tidak lagi wajib apabila ahli sudah berumur 55 tahun, walaubagaimanapun, majikan dan ahli masih diwajibkan untuk membuat caruman SCP.


6. Bagi Caruman Sukarela, adakah majikan juga turut mencarumkan?

Majikan boleh membuat caruman sukarela (lebih dari kadar caruman wajib yang ditetapkan) kepada pekerja mereka, walaubagaimanapun ianya adalah bukan mandatori.