GARISPANDUAN UNTUK MAJIKAN


SIAPAKAH YANG AWDA PERLU BAYAR CARUMAN?

Pekerja tempatan yang:

Berkerakyatan dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 55 tahun ke bawah (bagi skim TAP) dan yang berumur 60 tahun (bagi skim SCP); iaitu Pengarah atau pemilik syarikat yang bergaji, pekerja tetap, pekerja sambilan, pekerja kontrak, pekerja sementara dan pekerja dalam tempoh percubaan.


AKTA AMANAH PEKERJA PENGGAL 167 DAN PERINTAH AMANAH PENCEN CARUMAN TAMBAHAN (SCP), 2009

Seksyen  7(1), Akta Amanah Pekerja dan Seksyen 8(1), Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan.

Majikan hendaklah membayar caruman bagi setiap pekerja mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan.


Seksyen 8(1), Akta Amanah Pekerja dan Seksyen 10(1), Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan

Majikan bertanggungjawab untuk membayar kedua-dua caruman skim yang dikenakan ke atas majikan untuk pekerja.


Seksyen 8(3), Seksyen 10(1) Akta Amanah Pekerja & Aturan 14 Aturan-Aturan Amanah Pekerja dan Seksyen 10(3), Seksyen 10(3), Seksyen 12(1), Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan & Aturan 19 Aturan-Aturan Amanah Pencen Caruman Tambahan.

Jika majikan gagal membayar caruman dalam tempoh yang ditetapkan, majikan itu hendaklah bertanggungjawab untuk membayar dividen, caj pekhidmatan serta denda yang dikenakan secara automatik.


Seksyen 23, Akta Amanah Pekerja dan Seksyen 26, Perintah Amanah Penccen Caruman Tambahan.

Adalah menjadi kesalahan bagi majikan jika:

- Memberikan keterangan palsu atau mengeluarkan dokumen palsu,

- Lewat membuat bayaran caruman bulanan,

- Menghalang Pegawai / Kakitangan TAP dalam melaksanakan tugas.

- Tidak mematuhi Akta Amanah Pekerja dan Aturan Aturan Amanah Pekerja, 1999

- Tidak membuat bayaran yang tertunggak kepada TAP

 

PROSIDING UNDANG-UNDANG DI BAWAH AKTA AMANAH PEKERJA PENGGAL 167 DAN PERINTAH AMANAH PENCEN CARUMAN TAMBAHAN, 2009

Seksyen 26, Akta Amanah Pekerja dan Seksyen 29, Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan.

Jika didapati bersalah, majikan akan dikenakan denda tidak lebih dari B$3,000.00 untuk kesalahan yang pertama dan tidak lebih dari B$10,000.00 untuk kesalahan kedua dan kesalahan yang seterusnya.


Seksyen 7(3), Akta Amanah Pekerja dan Seksyen 8(6), Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan.

Mana-mana majikan yang telah memotong caruman pekerja tanpa membayar ke TAP akan dikenakan denda tidak melebihi dari $10,000 atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 5 Tahun atau kedua-duanya sekali.


Seksyen 31(a), Akta Amanah Pekerja dan Seksyen 38(1), Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan.

Caruman-caruman yang dibayar di bawah Akta ini akan dapat dipulangkan sebagai hutang sivil.


CARUMAN


Kadar Caruman

Kadar caruman yang ditetapkan buat masa ini ialah 8.5% (dari gaji pekerja) dan 8.5% dari majikan.

Nota: 5% dari caruman TAP dan 3.5% dari caruman SCP.

Jumlah keseluruhan caruman dari pekerja dan majikan hendaklah digenapkan pada ringgit yang teratas.


Caruman Sukarela

Setiap pekerja dan majikan boleh menambah bayaran caruman selain dari caruman mandatori yang telah ditetapkan secara sukarela. Ini adalah dinamakan bayaran caruman berlebihan (excess contribution payment).


Pembayaran Caruman

Caruman hendaklah dibayar secara bulanan dan tidak lewat dari hari ke 15 pada bulan seterusnya yang mana pembayaran perlu disertakan dengan borang pembayaran elektronik TAP/SCP02.

Pembayaran boleh dibuat melalui Perbankan Internet, Pemindahan Wang, Perbankan Mudah Alih dan Mesin Simpanan Cek (cek, pastikan butiran-butiran cek adalah betul dan ditujukan kepada 'Tabung Amanah Pekerja').

Majikan akan dikenakan denda bagi caj-caj yang dikenakan atas sebab pembayaran yang lewat di mana caj akan dikira secara harian, bulanan dan juga tahunan dari tarikh terakhir pembayaran.