​Ahli yang tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja dalam sebarang pekerjaan dan telah disahkan oleh Lembaga Perubatan adalah dibolehkan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan TAPnya.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

- Ahli belum mencapai umur 55 tahun.
- Ahli disahkan tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja dalam sebarang pekerjaan.
- Ahli didapati tidak sempurna akal atau sebaliknya tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya pada bila-bila masa sebelum mencapai umur 55 tahun.


PENGELUARAN

Ahli layak membuat pengeluaran penuh 100% simpanan TAPnya.


DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang pengeluaran TAP20 yang diisikan dengan lengkap
2. Salinan Kad Pengenalan pemohon
3. Salinan Surat Berhenti Bekerja (jika ada)
4. Laporan lembaga Perubatan
5. Permohonan Pelantikan Penjaga Harta ad-litem bagi ahli yang disahkan berpenyakit mental dari
    (i) Mahkamah Sivil bagi ahli yang bukan berugama islam
    (ii) Mahkamah Syariah bagi ahli yang   berugama Islam
6. Surat Aku Janji oleh penjaga Ahli yang disahkan tidak berupaya atau tidak sempurna akal (jika diperlukan) dan
7. Salinan buku dan penyata bank yang terkini.


NOTA:

Mana-mana ahli yang didapati membuat keterangan atau permohonan palsu adalah menjadi kesalahan. Ahli akan dikehendaki untuk memulangkan jumlah penuh pengeluaran yang telah dibuat termasuk dividen, kos pentadbiran dan sebarang denda yang dikenakan ke atas individu.

Pengeluaran penuh simpanan ahli TAP yang telah meninggal dunia.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Waris yang telah dilantik oleh Pejabat Waris.

SIAPAKAH YANG BOLEH MEMOHON?

Pengadu yang melaporkan ke TAP tentang kematian ahli. Pengadu adalah terdiri daripada ahli keluarga terdekat.


JUMLAH PENGELUARAN

Waris ahli layak membuat pengeluaran penuh 100% simpanan ahli yang telah meninggal dunia.


Dokumen-Dokumen yang Diperlukan

PPENGADU:

1. ‘Borang Permohonan Sebelum Penetapan Hak Waris’ yang telah lengkap diisikan,

2. Salinan kad pengenalan ahli yang telah meninggal dunia,

3. Salinan sijil kematian ahli dan

4. Salinan kad pengenalan pengadu.


PEWARIS ( YANG TELAH DILANTIK OLEH PEJABAT WARIS SEBAGAI PENTADBIR PUSAKA):

Borang Permohonan Pengeluaran Hak Waris TAP22/SCP22 yang diisikan dengan lengkap.

1. Borang pengeluaran TAP22/SCP22 yang telah lengkap diisikan,

2. Salinan Surat Pentadbir Pusaka dari Pejabat Waris,

3. Salinan Sijil Kematian ahli yang meninggal,
4. Salinan Kad pengenalan ahli yang meninggal,

5. kad pengenalan Pewaris. (Asal dan salinan) dan

6. Penyata akaun bank atau buku bank pemohon yang terkini. (Asal dan salinan)

NOTA:

Pengadu dan pewaris yang dilantik hendaklah terdiri daripada individu yang berbeza.
Pewaris hanya berhak menerima simpanan ahli yang meninggal setelah mendapat Surat Penetapan Hak Waris dari Pejabat Waris.

TUJUAN

Pengeluaran ini adalah bertujuan untuk membenarkan ahli membeli atau membina rumah, atau membayar pinjaman bank untuk perumahan awda atau perumahan Kerajaan. Pengeluaran ini hanya membenarkan ahli menggunakan simpanan mereka untuk pemilikan rumah sendiri.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Menjadi ahli TAP selama tidak kurang 10 tahun dan mencarum secara aktif 5 tahun atau mempunyai simpanan tidak kurang daripada $40,000.00.


JUMLAH PENGELUARAN

Ahli boleh membuat pengeluaran (tidak lebih dari 45% simpanan) bagi tujuan pembinaan rumah baru, pembelian rumah atau pembayaran baki pinjaman perumahan. Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah Akta TAP, Penggal 167 dan Aturan TAP.


Prosedur pengiraan bagi pengeluaran untuk:

1.      Pembinaan atau Pembelian

1.1.   20% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah tersebut (GERAN TANAH ADALAH DI BAWAH NAMA PEMOHON) 

ATAU

1.2.   10% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah yang berharga $150,000.00 KE ATAS (GERAN TANAH BUKAN DI BAWAH NAMA PEMOHON)
ATAU

1.3.   15% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah yang berharga $149,999.00 KE BAWAH (GERAN TANAH BUKAN DI BAWAH NAMA PEMOHON)
ATAU
1.4.   45% dari simpanan TAP Ahli.


2.      Pinjaman tertunggak pada tarikh permohonan 

 2.1.   45% dari simpanan TAP Ahli.

JUMLAH PENGIRAAN YANG AKAN DILULUSKAN ADALAH BERGANTUNG PADA YANG RENDAH.

JUMLAH KESELURUHAN PENGELUARAN ADALAH BERGANTUNG PADA PROSEDUR DAN KEPERLUAN YANG DITETAPKAN OLEH AKTA AMANAH PEKERJA, PENGGAL 167 DAN ATURAN TAP.


DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Membina/Membeli Rumah (Di Darat):

1.      Salinan kad pengenalan Ahli

2.      Salinan Sijil Nikah

3.      Salinan Gaji terkini

4.      Salinan Geran Tanah atau Pelan Kedudukan Rumah

5.      Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli

6.      Salinan Resit Pembayaran pendahuluan atau Surat Pengesahan jika tiada sebarang pembayaran

7.      Salinan Surat Kuasa Wakil (Jika geran tanah bukan atas nama pemohon)

8.      Salinan Lesen Kontraktor / Pembangun (16&17) atau Kad Pengenalan Penjual

9.      Salinan Perjanjian Pinjaman (Jika tidak membuat pinjaman perumahan, surat pengesahan diperlukan)

10.   Borang C - Kebenaran memulakan kemajuan ABCi dari Authority for Building Control and Construction Industry (ABCi).


Membeli Rumah (Kampong Ayer):

1.      Salinan kad pengenalan ahli

2.      Salinan Slip Gaji terkini

3.      Salinan Surat Pengesahan tukar milik rumah

4.      Salinan Pelan Kedudukan Rumah daripada Jabaran Daerah Brunei dan Muara

5.      Salinan kad pengenalan Penjual

6.      Salinan Surat Perjanjian Perjanjian Jual Beli

7.      Salinan Resit Pembayaran pendahuluan atau Surat Pengesahan jika tiada sebarang pembayaran


Baki Pembayaran (Skim Perumahan Negara):

1.      Salinan kad pengenalan ahli

2.      Salinan Slip Gaji terkini

3.      Salinan Surat Pengesahan memiliki rumah

4.      Salinan Surat Pengesahan pembayaran balik pinjaman perumahan dari Kementerian Pembangunan

5.      Salinan Surat Pengesahan Baki Perumahan

NOTA: Rumah tersebut hendaklah di bawah NAMA AHLI


Pembayaran Baki Pinjaman Perumahan:

1.      Salinan kad pengenalan ahli

2.      Salinan Geran Tanah

3.      Salinan Slip Gaji terkini

4.      Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli

5.      Salinan Perjanjian Pinjaman Perumahan daripada Jabatan Perbendaharaan atau Bank

6.      Salinan Penyata Baki Pinjaman terkini

Ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan TAP sekiranya ahli berhijrah ke Negara lain iaitu meninggalkan Negara Brunei Darussalam dengan tiada niat untuk kembali dan tinggal di Negara Brunei Darussalam.SYARAT-

SYARAT KELAYAKAN

-  Ahli belum mencapai umur 55 tahun.
-  Ahli berhijrah ke Negara lain dengan menyerahkan kerakyatan kepada pihak Imigresen.


JUMLAH PENGELUARAN

Ahli layak membuat pengeluaran penuh 100% simpanan.


DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang pengeluaran TAP26/SCP26 yang telah lengkap diisikan dan ditandatangani,
2. Salinan kad pengenalan ahli,
3. Salinan surat pengesahan kerakyatan asing,
4. Salinan deklarasi penyerahan kerakyatan dan
5. Bagi ahli atau waris yang memohon untuk pembayaran menggunakan Pemindahan Telegrafik kepada akaun banknya, hendaklah disertakan maklumat/salinan:
    - Surat mengenai tujuan untuk pengeluaran dibayar melalui pengkreditan terus DAN bersetuju bahawa sebarang caj dari bank akan dibayar oleh ahli;
    - Buku bank ahli (jika ada);
    - Surat pengesahan dari bank ahli menyatakan bahawa ahli itu mempunyai akaun dengan bank itu;
    - Alamat rumah;
    - Clearing Code Bank/Alamat Swift (ahli hendaklah bertanya kepada bank);
    - Nama penuh dan Akaun Nombor bank ahli yang ingin dikreditkan terus pengelurannya dan
    - Alamat bank.

NOTA:

Mana-mana ahli yang didapati membuat keterangan atau permohonan palsu adalah menjadi kesalahan. Ahli akan dikehendaki untuk memulangkan jumlah penuh pengeluaran yang telah dibuat termasuk dividen, kos pentadbiran dan sebarang denda yang dikenakan ke atas individu.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli telah mencapai 50 tahun.


JUMLAH PENGELUARAN

Ahli boleh mengeluarkan 25% daripada simpanan TAP apabila telah mencapai umur 50 tahun bagi membantu persiapan menjelang hari persaraan.


DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1.  Borang Pengeluaran TAP50 yang diisikan dengan lengkap,
2. Kad pengenalan ahli (Asal dan salinan)
3. Penyata akaun bank atau buku bank pemohon yang terkini (Asal dan salinan)

Nota: Jika ahli hanya mempunyai tahun kelahiran di dalam kad pengenalan, maka tarikh kelayakan adalah pada 31hb Disember pada tahun ahli mencapai umur 50 tahun .

​SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli telah mencapai umur 55 tahun.


JUMLAH PENGELUARAN

Ahli layak membuat pengeluaran penuh 100% simpanan.


DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Pengeluaran TAP55 yang diisi dengan lengkap
2. Kad pengenalan ahli (Asal dan salinan)
3. Penyata akaun bank atau buku bank pemohon yang terkini (Asal dan salinan).

NOTA: Jika ahli hanya mempunyai tahun kelahiran di dalam kad pengenalan, maka tarikh kelayakan adalah pada 31hb Disember pada tahun ahli mencapai umur 55 tahun.

​Pengeluaran penuh simpanan ahli TAP yang telah meninggal dunia.

PENGELUARAN

Waris ahli layak membuat pengeluaran penuh 100% simpanan ahli yang telah meninggal dunia.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PENGADU:

1. ‘Borang Permohonan Sebelum Penetapan Hak Waris’ yang telah lengkap diisikan,

2. Salinan kad pengenalan ahli yang telah meninggal dunia,

3. Salinan sijil kematian ahli dan

4. Salinan kad pengenalan pengadu.

 

PEWARIS (YANG TELAH DILANTIK OLEH PEJABAT WARIS SEBAGAI PENTADBIR PUSAKA):

1. Borang pengeluaran TAP22/SCP22 yang telah lengkap diisikan,
2. Salinan Surat Pentadbir Pusaka dari Pejabat Waris,
3. Salinan Sijil Kematian ahli yang meninggal,
4. Salinan Kad pengenalan ahli yang meninggal,
5. Kad pengenalan Pewaris.(Asal dan salinan) dan
6. Penyata akaun bank atau buku bank pemohon yang terkini. (Asal dan salinan)

 

BAGI MANFAAT SCP KEBERTERUSAN (SURVIVORSHIP), JUGA PERLU MENYERTAKAN:

1. Salinan sijil nikah atau sijil cerai (jika ada)

2. Salinan kad pengenalan dan surat beranak anak-anak termasuk anak angkat

3. Salinan surat sumpah pengesahan pengambilan anak angkat daripada mahkamah (jika ada)

4. Salinan kad pengenalan ibu, bapa dan adik-beradik ahli yang beragama Islam, dan

5. Salinan sijil Faraid bagi ahli yang beragama Islam (jika ada).


Pemohon hendaklah menyertakan dokumen-dokumen mengikut jenis pengeluaran seperti berikut:

A)    Ahli yang meninggal dunia yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak.

1. Salinan kad pengenalan ahli

2. Salinan sijil kematian ahli

3. Salinan sijil nikah

4. Salinan sijil Faraid sekiranya beragama Islam dan salinan surat daripada Pejabat Waris bagi yang bukan beragama Islam

5. Salinan kad pengenalan waris yang dinyatakan di dalam sijil Faraid atau surat daripada Pejabat Waris

 

B) Ahli yang meninggal dunia yang telah berkahwin dan mempunyai anak yang berumur 21 tahun keatas.

1. Salinan kad pengenalan ahli

2. Salinan sijil kematian ahli

3. Salinan sijil nikah

4. Salinan sijil Faraid sekiranya beragama Islam dan salinan surat daripada Pejabat Waris bagi yang bukan beragama Islam

5. Salinan kad pengenalan waris yang dinyatakan di dalam sijil Faraid atau surat daripada Pejabat Waris
 

C) Ahli yang meninggal dunia tapi belum berkahwin.

1. Salinan kad pengenalan ahli

2. Salinan sijil kematian ahli

3. Salinan sijil Faraid sekiranya beragama Islam dan salinan surat daripada Pejabat Waris bagi yang bukan beragama Islam

4. Salinan kad pengenalan waris yang dinyatakan di dalam sijil Faraid atau surat daripada Pejabat Waris


D) Ahli yang meninggal dunia mempunyai seorang balu dan anak ( berumur dibawah 21 tahun dan belum berkahwin).

1. Salinan kad pengenalan ahli

2. Salinan sijil kematian ahli

3. Salinan sijil nikah

4. Salinan kad pengenalan pasangan ahli yang meninggal dunia

5. Salinan kad pengenalan atau surat beranak anak-anak (termasuk anak angkat yang telah didaftarkan)

6. Salinan surat sumpah pengesahan pengambilan anak angkat di mahkamah


E) Ahli yang meninggal dunia merupakan seorang bapa tunggal dan mempunyai anak ( berumur di bawah 21 tahun dan belum berkahwin).

1.  Salinan kad pengenalan ahli

2.  Salinan sijil kematian ahli

3.  Salinan kad pengenalan atau surat beranak anak-anak (termasuk anak angkat yang telah didaftarkan)

4.  Salinan surat sumpah pengesahan pengambilan anak angkat di mahkamah

5. Salinan sijil cerai (sekiranya ahli yang meninggal adalah duda)

6. Salinan sijil kematian isteri (sekiranya isteri telah meninggal dunia)

Ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan SCP sekiranya ahli berhijrah ke Negara lain iaitu meninggalkan Negara Brunei Darussalam dengan tiada niat untuk kembali dan tinggal di Negara Brunei Darussalam. 


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli berhijrah ke negara lain dengan menyerahkan kerakyatan kepada pihak Imigresen.

 

PENGELUARAN

Ahli layak membuat pengeluaran penuh 100% simpanan.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang pengeluaran TAP26/SCP26 yang telah lengkap diisikan dan ditandatangani,
2. Salinan kad pengenalan ahli,
3. Salinan surat pengesahan kerakyatan asing,
4. Salinan deklarasi penyerahan  kerakyatan dan
5. Bagi ahli atau waris yang memohon untuk pembayaran menggunakan Pemindahan Telegrafik kepada akaun banknya, hendaklah disertakan  maklumat/salinan  dokumen-dokumen di bawah:

    - Surat mengenai tujuan untuk pengeluaran dibayar melalui pengkreditan terus DAN bersetuju bahawa sebarang caj dari bank akan dibayar oleh ahli;
    - Buku bank ahli (jika ada);
    - Surat pengesahan dari bank ahli menyatakan bahawa ahli itu mempunyai akaun dengan bank itu;
    - Alamat rumah;
    - Clearing Code Bank/Alamat Swift (ahli hendaklah bertanya kepada bank);
    - Nama penuh dan Akaun Nombor bank ahli yang ingin dikreditkan terus pengelurannya dan
    - Alamat bank.

Ahli yang mencapai umur 60 tahun akan menerima pembayaran simpanan SCP secara bulanan (anuiti) semasa bersara nanti. 


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Ahli telah mencapai umur 60 tahun

 

PENGELUARAN

1. Pembayaran secara bulanan (anuiti) akan diberikan selama 20 tahun.
2. Jumlah pembayaran secara bulanan yang akan diterima adalah berdasarkan jumlah simpanan keseluruhan SCP dibahagi selama 240 bulan.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang pengeluaran SCP60 yang telah lengkap diisikan dan ditandatangani,
2. Salinan kad pengenalan ahli (Kad pengenalan asal juga diperlukan bagi tujuan pengesahan), dan
3. Salinan penyata akaun bank atau buku bank pemohon yang terkini.

 

NOTA: Jumlah ambang bagi penerimaan manfaat SCP ini akan ditetapkan dan dikaji dari masa kesemasa oleh Lembaga.

          Sekiranya baki simpanan SCP kurang daripada jumlah ambang yang ditetapkan maka ahli akan menerima simpanan SCPnya secara keseluruhan (lump sum).