GARISPANDUAN UNTUK PEKERJA


SIAPAKAH YANG WAJIB UNTUK MENCARUM?

Pekerja tempatan yang:

Kerakyatan atau penduduk tetap Brunei Darussalam yang berumur 55 tahun ke bawah iaitu Pengarah atau pemilik syarikat yang bergaji, pekerja tetap, pekerja kontrak, pekerja sementara dan pekerja dalam tempoh percubaan.


PENDAFTARAN

Semua majikan perlu mendaftar pekerja baru mereka kepada TAP.

Jika pekerja telah didaftarkan kepada TAP, mana-mana perubahan di dalam keterangan pekerja tersebut hendaklah dimaklumkan kepada TAP dengan mengisi borang dan diemelkan kepada TAP. Pekerja-pekerja juga boleh memaklumkan terus kepada TAP sekiranya ada perubahan dalam keterangan peribadi mereka. (rujuk pada 'Sumber Utama')


CARUMAN

Kadar caruman yang ditetapkan buat masa ini ialah 8.5% (dari gaji pekerja) dan 8.5% dari majikan.

Nota: 5% dari caruman TAP dan 3.5% dari caruman SCP.

Jumlah caruman TAP perlu digenapkan kepada ringgit teratas dan caruman SCP perlu digenapkan kepada dua titik perpuluhan.

Bagi SCP, caruman minimum Majikan mestilah $ 17.50 untuk gaji pekerja kurang dari $ 500.00. Caruman mandatori maksimum Majikan dan Pekerja masing-masing adalah $ 98.00 (berdasarkan gaji $ 2,800.00). Untuk gaji lebih daripada $ 2800.00, caruman mandatori maksimum ialah $ 98.00 dan mana-mana caruman melebihi kadar mandatori akan dikira sebagai caruman sukarela.


DIVIDEN

Simpanan akan dilaburkan dan dividen akan diisytiharkan bagi simpanan pekerja. Walaubagaimanapun, kadar dividen yang diisytiharkan adalah tidak tetap dan ia bergantung pada keadaan pasaran semasa.


PENYATA AKAUN AHLI

Penyata akaun simpanan awda yang telah dikemaskinikan boleh diperolehi samaada melalui e-kiosk, perkhidmatan atas talian e-Amanah di laman sesawang www.tap.com.bn atau dengan mengunjungi kaunter-kaunter TAP. 


SKIM-SKIM PENGELUARAN

Di bawah Akta Amanah Pekerja, Penggal 167, Seksyen 17, ahli-ahli yang telah mencapai umur 55 tahun boleh membuat pengeluaran penuh. Walaubagaimanapun, ahli-ahli juga boleh membuat pengeluaran untuk skim-skim seperti berikut (rujuk pada 'Skim Pengeluaran'):

TAP 50, Hilang Keupayaan, Hak Wais, Perumahan dan Meninggalkan Negara.