Manage PermissionsManage Permissions

PENUTUPAN SEMENTARA KESEMUA CAWANGAN TAP (COVID-19)

Ahli-Ahli TAP dan Majikan yang dihormati,

Merujuk perkembangan situasi terkini berkaitan penyebaran jangkitan COVID-19, pihak Tabung Amanah Pekerja (TAP) mengambil langkah tambahan untuk melindungi Ahli TAP, Majikan serta Pegawai dan Kakitangannya dengan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan (BCP) dan prosedur Bekerja dari Rumah.

Dalam hubungan ini, kesemua cawangan-cawangan TAP akan ditutup sementara waktu mulai 24 Mac 2020  sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Perkhidmatan dalam talian (online) akan terus beroperasi seperti biasa. Sila baca berita penuh disini.
Tatacara terperinci bagi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut boleh didapati di laman sesawang TAP di www.tap.com.bn.

Dikesempatan ini juga, TAP ingin menasihatkan kepada Ahli-Ahli dan Majikan TAP agar dapat mematuhi tatacara/nasihat daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP akan sentiasa memantau situasi terkini berkaitan penyebaran jangkitan ini.

Untuk maklumat atau pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 238 2800 /238 2929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.


Tatacara Pendaftaran

Tatacara Permohonan Pengeluaran

Tatacara membuat Pembayaran caruman kebelakangan

Tatacara membuat pembayaran bagi STP dan SCP Bekerja Sendiri

Attachments