Manage PermissionsManage Permissions

Pemberitahuan TAP: Langkah Pencegahan dan Kawalan Dalam Menangani Penyebaran COVID-19

Ahli-Ahli TAP dan Majikan yang dihormati,

Dalam menangani penyebaran jangkitan COVID-19, Tabung Amanah Pekerja (TAP) sangat menitikberatkan perlaksanaan langkah keselamatan dan kesihatan bagi Ahli-Ahli TAP, Majikan-Majikan serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan TAP.

Sehubungan dengan itu, pihak TAP akan terus mengambil langkah keselamatan dan pencegahan bagi menangani penyebaran wabak ini menurut tindakan yang diarahkan dan dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan. Antara langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan dalam menangani penyebaran jangkitan adalah seperti berikut:

- Menggalakkan Ahli-Ahli TAP dan Majikan-Majikan untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan dalam talian TAP, e-Amanah di www.tap.com.bn dan Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.

- Menjalankan kerja-kerja pembersihan secara kerap di persekitaran cawangan-cawangan dan premis TAP.

- Menjalankan kerja-kerja pembersihan secara kerap di persekitaran cawangan-cawangan dan premis TAP.

- Menjalankan kerja-kerja pembersihan secara kerap di persekitaran cawangan-cawangan dan premis TAP.

- Pelan Kelangsungan Perniagaan dan Garipanduan Bekerja Dari Rumah telah dilaksanakan dalam menangani risiko penularan jangkitan.

 Dalam hubungan ini, operasi cawangan-cawangan TAP bermula pada 16 Mac 2020 adalah seperti berikut:

Cawangan
Waktu Operasi

Ibu Pejabat(PGGMB)

Kuala Belait

Tutong

Isnin - Khamis & Sabtu

8:00 pagi – 11:30 pagi

1:30 ptg – 3:30 ptg

Temburong
TUTUP


Bagi ahli-ahli Skim Tabungan Perumahan (STP) dan skim SCP Bekerja Sendiri adalah dinasihatkan untuk membuat pembayaran caruman bulanan melalui perbankan online dan bukti pembayaran hendaklah diemel ke payments@tap.com.bn bagi pemprosesan selanjutnya.

Ahli-Ahli TAP juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai simptom-simptom, sentiasa menjaga  kebersihan diri dan memakai atau menggunakan kelengkapan pencegahan yang bersesuaian sebelum mengunjungi mana-mana cawangan TAP.

Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP akan sentiasa memantau situasi terkini berkaitan penyebaran jangkitan ini. Untuk maklumat atau pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 238 280 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.

Attachments