Manage PermissionsManage Permissions

KADAR DIVIDEN UNTUK SIMPANAN TAP DAN SCP BAGI TAHUN KEWANGAN 2018-2019

Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini memaklumkan bahawa Lembaga Tabung Amanah Pekerja mengisytiharkan dividen simpanan TAP dan SCP untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019 pada kadar 2.20%.

Dividen pada Tahun Kewangan 2018-2019 ini telahpun dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli TAP dan SCP pada Hari Ahad, 29 Disember 2019. Ahli boleh mendapatkan penyata akaun mereka dengan menggunakan perkhidmatan online TAP e-Amanah melalui www.tap.com.bn ataupun melalui Kiosk e-Info TAP.

Pada kadar 2.20% , jumlah pengagihan pendapatan sebanyak Enam Puluh Satu Juta, Dua Ribu, Tiga Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ringgit dan Enam Puluh Dua Sen ($61,002,399.62) telah pun dikreditkan ke dalam 157,590 akaun ahli TAP dan sebanyak Dua Puluh Enam Juta, Dua Ratus Dua Puluh Tujuh Ribu, Lapan Puluh Sembilan Ringgit dan Lapan Puluh Sen ($26,227,089.80) telah pun dikreditkan ke dalam 151,414 akaun ahli SCP bagi Tahun Kewangan 2018-2019.

Strategi pelaburan TAP adalah secara global dan dilaburkan mengikut alokasi aset strategik yang sedia ada dengan matlamat untuk menjana pulangan yang stabil bagi dana TAP. Pencapaian dana setiap tahun adalah tertakluk kepada keadaan pasaran global yang mempunyai beberapa risiko seperti turun naik pasaran saham, kadar faedah, risiko kredit dan pasaran matawang asing.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan online e-Amanah bagi ahli-ahli TAP, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja ataupun melalui emel di ask@tap.com.bn.

Attachments