Pihak Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memohon dari Majikan, Ahli-Ahli ataupun Waris-Waris Ahli yang tersenarai supaya akan dapat hadir ke mana-mana cawangan TAP untuk membuat permohonan pengeluaran baki simpanan Skim TAP / Skim SCP ataupun permohonan Manfaat Keberterusan (Survivorship Benefit) sesegeranya dengan menghadapkan dokumen-dokumen seperti berikut:
Baki simpanan Skim TAP atau Skim SCP bagi Ahli yang telah meninggal dunia
Pewaris bolehlah membuat tuntutan ke TAP dengan menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
1) Salinan Kad Pengenalan Ahli jika ada;
2) Asal & Salinan Sijil Kematian Ahli;
3) Asal & Salinan Surat Pentadbir Pusaka;
4) Asal & Salinan Kad Pengenalan Pentadbir Pusaka; dan
5) Maklumat Bank Akaun Pentadbir Pusaka.
Copyright 2018 © TAP. All Rights Reserved. TAP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.